Followers

Saturday, 4 February 2012

82 RAHSIA TAHI LALAT!!

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
 20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
 68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana 

Thursday, 26 January 2012

Sahabat Atau Cintai Si Dia??


 
Assalamualaikum.. hari nie kite cecite pasal cinta plak.. haha.. Ye, setiap insan atas muka bumi ini di anugerahkan dengan fitrah perasaan sayang terhadap sesuatu.. dan bagi manusia Allah memberikan kasih sayang sesama manusia samada berlawanan jantina mahupun sesama jantina(adik beradik atau kawan) :?: .. Perasaan sayang sukar kita nak rungkaikan, sebab macam2 boleh rasa..

Tapi cinta?… macam nak cakap?.. sukar kan?.. mesti ada di antara u all yang kadang kala sukar nak buat keputusan samada mahu menjadi sahabat atau mahu mencintai si dia.. ok.. menjadi sahabat memang lah sangat2 di tuntut dalam islam.. Sedangkan Rasulullah dahulu mempunyai ramai sahabat… Tapi cinta?.. macam mana nak pilih?..

Ok, sye paham sahabat lagi paham akan diri kan kadang2?… dia tau ape yang kita tau, die yang menggembirakan diri kita.. tapi pernah tidak kita terfikir sampai bile sahabat kita akan bersama dengan kita?.. Cinta terhadap seseorang?.. adalah sehingga kita mati..

Betul.. kadang2 ada juga yang bertemu jodohnya dari sahabat kerana pertalian persahabatan yang kuat sukar untuk dilepaskan.. tapi ada juga kadang kala yang memilih cinta kerana dia percaya cinta dapat menyayangi dia sehingga akhir nyawa..

konklusinya… di dalam persahabatan jika ada kasih sayang maka akan datangnya cinta.. dan jika cinta yang kita pilih.. maka kita akan dapat kasih sayang sehingga ke akhirnya… jika kita memilih sahabat tanpa adanya cinta.. maka adakah kita akan dapat kasih sayang tersebut?..
Menjadi sahabat kepada si dia memang lah boleh, tapi adakah kita dapat cinta itu?… adalah lebih baik kita memilih cinta kerana cinta akan kekal selamanya. :oops: lagipun.. sahabat kita akan jumpa cinta ia juga kan?.. hehe

Jangan takut dalam mengambil risiko untuk memilih seseorang.. kadang kala sukar untuk kita nak terima orang lain, tapi tahukah anda, perkara yang paling sukar kita nak dapat itu, perkara itu yang paling kita hargai.. jika kita sukar nak menyayangi sesorang dan tatkala perasaan itu timbul.. kita akan hargai sangat2 kerana khuatir ia akan hilang..

Jangan terlampau ikut kan perasaan ragu2 anda terhadap seseorang.. kerana siapa yang mengikut perasaan ragu2 mesti die akan tersesat.. sebagai contoh: jika anda menyukai seseorang tapi tiba2 datangnya seseorang yang lain dan anda ragu2 mana satu yang anda akan pilih.. ragu itu datang dari orang yang kedua dan kita nak pilih yang mana satu?… adakah ragu2 kita atau yang berada di depan kita..

Kadang pernah tak kita terfikir kenapa kita tak dapat orang yang kita nak?.. sebab nya ialah manusia kadang kala tak nampak apa yang ada di depan tapi hanya nampak di belakang.. sebenarnya orang yang kita nak itu dah ade kat depan kita, tapi kita yang buat tak tau dan pilih yang berada di belakang..
Jangan takut wahai wanita, jika lelaki menunjukkan kesungguhan dalam sesuatu perkara dia akan bersungguh2.. :-)


Selain itu pada kaum lelaki dan jgak diri sye...peliharalah kaca wanita anda dan jadikanlah wanita anda sebuah wanita yang sentiasa di dalam kaca.. :D

Sunday, 22 January 2012

Kenapa Wanita Mudah Memaafkan Tapi Sukar Melupakan


Memang bukan mudah untuk memaafkan individu yang melakukan kesalahan terhadap diri kita. Apa lagi jika mereka terdiri daripada insan-insan yang kita sayangi lantaran hari terasa begitu sakit dan tergores dengan perbuatan mereka yang tidak pernah kita jangka.
Dalam menangani situasi tersebut, kaum lelaki lebih mudah melupakan apa yang berlaku walau mereka sukar memaafkan. Sedangkan kaum wanita dikatakan lebih bersifat pemaaf. Tetapi walaupun sanggup memaafkan, wanita sukar untuk melupakan apa yang telah mereka alami. Bagaikan luka, meskipun sakitnya telah hilang tapi parutnya tetap kekal dan berbekas di hati. Itu bermakna selagi hayat dikandung badan wanita akan terus mengingati apa yang telah terjadi dan menyimpannya di dalam hati sekalipun mulut sudah mengucapkan kata maaf. Mengapa?

Emosi Kuasai Memori

Kajian di Amerika Syarikat menjelaskan wanita memiliki memori atau ingatan yang lebih kuat berbanding lelaki. Jika lelaki memiliki 60 peratus ingatan, wanita pula mempunyai 75 peratus memori iaitu 15 peratus lebih daripada kamu lelaki.
Lebih membuatkan situasi menjadi kronik memori yang berlebihan itu terdiri daripada emosional memori yang membuatkan wanita sukar melupakan perkara yang melibatkan perasaan mereka terutama peristiwa yang membawa kesedihan, kemarahan mahupun kegembiraan. Malah emosi diakui, pakar psikologi dan para saintis sebagai tunjang kepada memori seseorang wanita. Saintis menjelaskan wanita sememangnya cukup peka dan sukar melupakan peristiwa yang melibatkan perasaan dan emosi.
Pemeriksaan mangnetic resonance imaging (MRI) yang dilakukan ke atas kaum Hawa mendapati memori wanita menunjukkan tidak balas yang sangat memberangsangkan tatkala berfikir, berbicara dan melihat sesuatu yang melibatkan perasaan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sistem otak wanita berfungsi dengan lebih baik dalam menguruskan emosi berbanding lelaki.

Sukar Kikis Kenangan

Turhan Canli, profesor psikologi di University of Stony Brook, Amerika Syarikat, menjelaskan wanita wanita turut memiliki otak bersifat memori autobiografi yang membuatkan mereka sukar untuk mengikis atau melupakan sebarang kejadian atau kenangan yang memedihkan dan menyakitkan dalam hidup mereka. Apatah lagi, kesemua kejadian yang berlaku memberikan efek cukup besar pada diri mereka. Sedangkan kaum lelaki tidak mudah dikuasai oleh emosi meskipun mereka memiliki ingatan kuat tentang peristiwa yang menimpa diri mereka.

Situasi ini bukan sahaja membuatkan wanita sukar melupakan apa yang terjadi ke atas diri mereka tetapi ia turut menjadi punca kemurungan dalam diri. Sememangnya wanita lebih rentan stres berbanding lelaki kerana otak mereka lebih cenderung untuk terus memikirkan memori-memori buruk dan akan terus memikirkan sehingga menyebabkan depresi.
Bukan itu sahaja, sebahagian otak wanita memiliki peredaran darah yang lebih tinggi termasuk bahagian yang mengawal bahasa dan perbuatan sehingga membuatkan mereka memiliki ingatan yang cukup tajam dalam mengingati kisah pahit dalam hidup.
Satu lagi faktor yang membuatkan wanita sukar melupakan sesuatu kejadian ialah paras hormon estrogen yang tinggi. Kajian menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Kadar estrogen yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyukarkan wanita untuk melupakan sesuatu peristiwa.

Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?

1. Memaafkan dengan Ikhlas

Kebanyakan individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu menyimpan dendam dan membiarkan denam memusnahkan diri mereka. Namun, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan sukar melupakan segala kejadian yang berlaku. Justeru, apabila anda mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin.

2. Maaf bukan Mainan

Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, Ia bukan suatu kata yang boleh dilafazkan dengan sesuka hati atau sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya anda telah bersedia untk melupakan segala kepahitan yangb erlaku serta membuka lembaran baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenagn dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.

Mengapa Lelaki Sukar Melafazkan Maaf



lelaki

Berbanding wanita, lelaki adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. Kali ini kami cuba bongkarkan mengapa ayat ‘maaf’ begitu sukar keluar dari mulut lelaki.

Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi

Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.

Memperlihatkan Kelemahan Diri

Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.

Tidak Suka Mengaku Kesalahan

Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.

Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata

Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.

Bimbang Maaf Tidak Diterima

Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.

Menghindari Konfrontasi

Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari konfrontasi. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.

Ketahui kerisauan lelaki di kala dating


Lelaki- Ya, termasuk jenis berlagak – punya butang panik. TL kumpulkan apa yang dia sering risaukan kala keluar bersamamu.


Aliran wangnya

lelaki “poket tebal” sering risau jika kamu hanya berminat dengan “dompetnya”, terutama jika kamu bertanya banyak mengenai kerja juga gaya hidupnya, manakala lelaki “pokai” takut mereka tak mampu bersaing. Tanya teman lelakimu mengenai perkara bukan material supaya dia tahu kamu sukakan karekter, bukan statusnya.

Bertindak terlalu perlahan

Bila lelaki menyukaimu, dia mungkin bertangguh untuk terus bertindak, supaya kamu tak perasan dia sebenarnya tergila-gilakanmu. Namun, dia tetap risau jika kamu tidak serasi jadi, bantu dia tetapkan langkah fizikal dengan secara tak sengaja mencapai tangannya atau memainkan jemaari kamu pada lengannya.

Kamu tak fikir dia kelakar

Memang pelik, namun semua lelaki inginkan dirinya dianggap kelakar. Jadi, bila dia buat lawak atau perkara melucukan, pastikan kamu memahaminya (dan turut ketawa). Katakan, lucunya, dan dia pasti lega.

6 Tips Lelaki Menang Kala Bertengkar


Lelaki dan Perempuan Bertengkar

Lelaki memang sering disifatkan sebagai gagah dalam serba-serbi. Fizikal mantap, penuh maskulin dan memiliki perwatakan yang mudah berterus-terang. Lelaki sering dilihat sebagai kurang emosi dalam bab berkasih sayang… kecuali anda adalah lelaki yang memang romantik. Kalaulah anda sudah berpacaran atau berpasangan, sesekali pasti tercetus pertengkaran. Ada ketika perkara remeh seperti anda tidak memberi respon yang segera pada pertanyaan si dia, gadis sudah merenyuk-renyuk merajuk. Perempuan kalau marah ada ketikanya lupa diri. Lelaki, apakah yang perlu dilakukan agar memenangi pertengkaran itu? Ikuti tips-tips di bawah.

Jangan Naikkan Suara


Itu pantang bagi perempuan. Kalau anda naikkan suara, si kekasih akan bertambah baran dan angin. Perempuan memang cukup pantang kalau lelaki suka menaikkan suara. Bagi perempuan itu lelaki memang sombong dan angkuh. Suara yang keras dan tinggi lambang keegoan lelaki yang tinggi. Kalau lelaki bersuara tinggi, perempuan akan lebih meninggikan suara kerana tidak mahu mengaku kalah. Kesudahanya keadaan menjadi lebih buruk.

Jadilah Pendengar Yang baik dan Yang Pertama

Be the first man to list. Lelaki memang menpunyai reputasi yang buruk sebagai pendengar. Mereka jarang menumpukan perhatian pada ayat awal seorang wanita dan juga penyudah kata-kata wanita. Bagi mereka suara wanita mungkin bagai nyamuk yang hanya kuat berdengung. Ini sering menjadi punca kepada pertelagahan wanita dengan lelaki kerana lelaki akan lebih banyak menjawab dengan,”Aaaa… apa dia?” Setiap kali perempuan bercakap.

Fokus Satu Topik

Orang perempuan memang suka bercakap berbelit-belit. Kejap begini, kejap begitu. Kalau tiada gangguan emosi mungkin tidak mengapa, namun macam mana kalau waktu dia sedang haid? Tentu semuanya jadi huru-hara. Apa lagi emosi terganggu, jadi biarkan perempuan berleter, membebel atau mengarut dan jangan sesekali anda pura-pura tidak dengar atau mengalih topik. Ini akan menjadi kemarahan perempuan. Bagi mereka anda tidak boleh dibawa berunding.

Mengaku Anda Salah, Anda Akan Menang

Hah! Ini satu rahsia untuk menang dalam pertengkaran dengan perempuan. Kalaulah berlaku perselisihan faham, tak guna mahu berhujah dengan perempuan. Walaupun menang betul itu salah orang perempuan namun mereka akan tetap mahu menang. Ini adalah lumrah diri orang perempuan. Namun kalau anda dengan penuh berhemah dan selamba mengakui sebarang kelemahan, kekurangan atau kesilapan, dia akan cair dan terus senyap. Dalam sentap sebenarnya pertelingkahan berakhir. She can never, ever win a fight if you admit you are wrong first. Ia memang mudah namun memerlukan kekuatan diri lelaki agar merendahkan ego mereka.

Biarkan Dia Layan Perasaan

Memang ada pada ketika dan saatnya perempuan memang sengaja cari pasal. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang menyebabkan dia naik angin. Serba tidak kena, serba salah lelaki dibuatnya. Pejamkan sajalah sebelah mata, memang pada musim tertentu setiap bulan, sekali, pasti perempuan akan moody. Itu memang perangai semula jadi perempuan. Kalaulah ini berlaku, anda diam dan buat faham sahaja. Walaupun mungkin si perempuan akan menangis dan berbentak-bentak, berdiam diri adalah cara yang paling baik. Itu sahaja ubat kepada emosi perempuan yang tercalar ketika dia datang haid.

Ungkapan Maaf

Memang sukar lelaki mahu lafazkan maaf. Jarang lelaki mahu minta maaf pada kesilapan yang berlaku. Tidak rugi sebenarnya anda mengucapkannya kalau anda mahu hubungan sentiasa jernih dan harmoni. Perempuan selalu membuat andaian, lelaki pandai membeli jiwa perempuan kala memikat. Ketika itu semuanya serba okay, semua tidak menjadi halangan. Namun apabila sudah pasti dapat cinta perempuan lelaki mulai menyerlah sikap egonya. Jadi apa salah kalau lelaki beralah sikit untuk kebahagian.

Kenapa Perempuan Kuat Merajuk

Ada yang kata merajuk lambang kasih sayang. Kalau tidak merajuk maknanya ikatan kasih yang Justeru merajuk dengan pasangan sudah menjadi lumrah bagi sebilangan wanita. Pantang tersilap sedikit pasti muncung panjang sedapa. Mengapa?



Salah satu punca utama yang menyebabkan isteri merajuk adalah sikap suami yang tidak peka dengan kehendak dan keperluan isteri antara punca yang menyebabkan isteri merajuk dengan suami masing-masing.

Contohnya, sikap lelaki yang sering melupakan tarikh-tarikh penting seperi tarikh perkahwinan, hari jadi dan sebagainya boleh mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap wanita. Situasi ini berlaku kerana wanita mengingati tarikh-tarikg itu amatlah bermakna bagi seorang wanita. Kegagalan suami mengingati tarikh-tarikh tersebut amat menggores hati sehingga menyebabkan mereka merajuk.

Emosi juga memainkan peranan penting dalan soal rajuk merajuk ini. Kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah membuatkan wanita cepat melenting, marah-marah, sakit hati, kecil hati dan merajuk apabila mendengar atau mendapat tahu perkara tidak disukai yang telah dilakukan oleh suami mereka walaupun perkara itu belum pasti kebenarannya.

Mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada pasangan juga menjadi punca wanita merajuk dengan suami masing-masing. Ada suami yang terlalu mementingkan kerjaua sehingga isteri berasa dirinya diabaikan oleh pasangan. Justeru, mereka sengaja merajuk untuk menarik perhatian suami dan melihat sejauh mana suami mengambil berat tentang diri mereka.

Selain itu, wanita juga sering merajuk kerana cemburu. Hubungan rapat dengan kawan-kawan boleh menyebabkan mereka merajuk. Apatah lagi apabila berasa dirinya diabaikan dan dipinggirkan oleh suaminya sendiri. Rajuk itu menjadi lebih parah apabila suami sering memberikan pujian atau bersikap mesra dengan orang lain tetapi agak serius dan tegas dengan isteri dan anak-anaknya.

Christina Perri - Jar of Hearts Official Video

Saturday, 21 January 2012

hello guy!!!!sye baru je create blog nie..agak susah sebenarnye nie huhuhuhu..btway thanks to all follower yg sudi follow blog sye yg xseberape nie...GOMAWO CHINGUYA!!!!SARANGHAE