Berbanding
wanita,
lelaki adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh
lelaki, namun hakikatnya
lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada
pasangan sendiri. Kali ini kami cuba bongkarkan mengapa
ayat ‘maaf’ begitu sukar keluar dari mulut
lelaki.
Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk
memohon maaf
meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah.
Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada
terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa
menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya
lelaki lebih mengutamakan
ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan
hati pasanganya sendiri.
Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi
lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri
lelaki
secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan
dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah
perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh
lelaki. Bagi sesetengah
lelaki,
meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut
lelaki mampu menurunkan harga diri
lelaki.
Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir
lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika
wanita mengakui kesalahan
lelaki dengan
meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka,
lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan
meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan
tidak mahu mengaku salah.
Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan
memohon maaf secara terbuka, sebilangan
lelaki
mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan.
Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa
bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah
interpretasi
golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi
mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf
melalui ucapan.
Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir
lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan
lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan
emosi
dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya.
Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana
bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.
Menghindari Konfrontasi
Ada sebahagian
lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari
konfrontasi.
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi
sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada
individu terbabit. Biasanya, apabila
meminta maaf dengan wanita,
bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa
berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.
No comments:
Post a Comment