Lelaki memang sering disifatkan sebagai gagah dalam serba-serbi. Fizikal mantap, penuh
maskulin dan memiliki perwatakan yang mudah berterus-terang.
Lelaki sering dilihat sebagai kurang
emosi dalam bab berkasih sayang… kecuali anda adalah
lelaki yang memang
romantik. Kalaulah anda sudah
berpacaran atau berpasangan, sesekali pasti
tercetus pertengkaran.
Ada ketika perkara remeh seperti anda tidak memberi respon yang segera
pada pertanyaan si dia, gadis sudah merenyuk-renyuk merajuk.
Perempuan kalau marah ada ketikanya lupa diri.
Lelaki, apakah yang perlu dilakukan agar memenangi pertengkaran itu? Ikuti
tips-
tips di bawah.
Jangan Naikkan Suara
Itu
pantang bagi perempuan. Kalau anda naikkan suara, si kekasih akan bertambah baran dan angin. Perempuan memang cukup pantang
kalau lelaki suka menaikkan suara. Bagi perempuan itu
lelaki memang sombong dan angkuh. Suara yang keras dan tinggi lambang
keegoan lelaki yang tinggi. Kalau
lelaki bersuara tinggi,
perempuan akan lebih meninggikan suara kerana tidak mahu mengaku kalah. Kesudahanya keadaan menjadi lebih buruk.
Jadilah Pendengar Yang baik dan Yang Pertama
Be the first man to list.
Lelaki memang menpunyai reputasi yang buruk sebagai pendengar. Mereka jarang menumpukan perhatian pada
ayat awal
seorang wanita dan juga penyudah kata-kata
wanita. Bagi mereka
suara wanita mungkin bagai nyamuk yang hanya kuat berdengung. Ini sering menjadi punca kepada pertelagahan
wanita dengan
lelaki kerana
lelaki akan lebih banyak menjawab dengan,”Aaaa… apa dia?” Setiap kali perempuan bercakap.
Fokus Satu Topik
Orang perempuan memang suka bercakap berbelit-belit.
Kejap begini, kejap begitu. Kalau tiada gangguan emosi mungkin tidak
mengapa, namun macam mana kalau waktu dia sedang haid? Tentu semuanya
jadi huru-hara. Apa lagi emosi terganggu, jadi
biarkan perempuan berleter,
membebel atau
mengarut dan jangan sesekali anda pura-pura tidak dengar atau mengalih topik. Ini akan menjadi
kemarahan perempuan. Bagi mereka anda tidak boleh dibawa berunding.
Mengaku Anda Salah, Anda Akan Menang
Hah! Ini satu
rahsia untuk menang dalam pertengkaran dengan perempuan.
Kalaulah berlaku perselisihan faham, tak guna mahu berhujah dengan
perempuan. Walaupun menang betul itu salah orang perempuan namun mereka
akan tetap mahu menang. Ini adalah
lumrah diri orang perempuan.
Namun kalau anda dengan penuh berhemah dan selamba mengakui sebarang
kelemahan, kekurangan atau kesilapan, dia akan cair dan terus senyap.
Dalam sentap sebenarnya pertelingkahan berakhir.
She can never, ever win a fight if you admit you are wrong first. Ia memang mudah namun memerlukan kekuatan diri
lelaki agar merendahkan ego mereka.
Biarkan Dia Layan Perasaan
Memang ada pada ketika dan saatnya perempuan memang sengaja cari pasal.
Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang menyebabkan dia naik angin.
Serba tidak kena, serba salah lelaki dibuatnya. Pejamkan sajalah sebelah mata, memang pada musim tertentu setiap bulan, sekali, pasti
perempuan akan moody. Itu memang
perangai semula jadi perempuan. Kalaulah ini berlaku, anda diam dan buat faham sahaja. Walaupun mungkin si perempuan akan
menangis dan berbentak-bentak, berdiam diri adalah cara yang paling baik. Itu sahaja
ubat kepada emosi perempuan yang tercalar ketika dia datang haid.
Ungkapan Maaf
Memang
sukar lelaki mahu lafazkan maaf.
Jarang lelaki mahu minta maaf
pada kesilapan yang berlaku. Tidak rugi sebenarnya anda mengucapkannya
kalau anda mahu hubungan sentiasa jernih dan harmoni. Perempuan selalu
membuat andaian,
lelaki pandai membeli jiwa perempuan kala memikat. Ketika itu semuanya serba okay, semua tidak menjadi halangan. Namun apabila sudah pasti dapat
cinta perempuan
lelaki mulai menyerlah sikap egonya. Jadi apa salah kalau
lelaki beralah sikit untuk kebahagian.
No comments:
Post a Comment